Wednesday, 27 May 2015

CARA-CARA MEMBUAT PENGKALAN DATA ( MS ACCESS)



1. Mulakan program MS Access dengan klik pada ikon yang terdapat pada Desktop atau pada      
    START menu program.

2. Untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang baru, pilih pilihan BLANK DATABASE, tulis 
    nama fail "Bulan Kelahiran" dan klik Create.


3. Kotak dialog seperti berikut akan dipaparkan. Klik Ribbon Home dan klik View.

4. Klik View dan pilih Design View.

5. Antara muka seperti berikut akan terpapar dan memasukkan nama Table dengan Bulan Kelahiran.
    Kemudian klik Save.

6. Antaramuka ini akan terpapar. Taip "NAMA" pada ruang FIELD NAME.

7. Untuk memilih DATA TYPE, tekan TAB atau kekunci arah kanan. Pada ruang tersebut terdapat 
    anak panah ke bawah dan anda boleh membuat pilihan dengan klik anak panah tersebut.

8. Ulang langkah 6 dan 7 dengan mengisi Nama(Text), Tarikh Lahir (Date/Time), Jantina(Text) dan 
    Bulan Lahir(Text).

9. Isikan 5 maklumat murid anda mengikut jadual yang anda buat.

10. Setelah selesai, save maklumat yang telah dimasukkan.






No comments:

Post a Comment